Dua nyaris maut dalam nahas lori dan kereta

Keadaan kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta.

Oleh Dean Adam

BINTULU, Julai 29: Dua nyaris maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kampung Jepak, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.15 malam.

Katanya, sejurus itu sepasukan anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi menyelamat.

“Apabila tiba, komander operasi melaporkan kejadian itu melibatkan sebuah kereta Proton Saga dan lori.

“Proton Saga itu pecah cermin depannya akibatnya merempuh belakang lori berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama menambah, pasukan bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta tersebut.

Katanya, mangsa yang cedera kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi tamat sepenuhnya apabila keadaan di lokasi kejadian kembali terkawal,” katanya. — DayakDaily