Dua maut dalam kemalangan di Lubok Antu

Pasukan Bomba menjalankan operasi di lokasi kejadian.
Advertisement

LUBOK ANTU, 4 Mei: Dua lelaki dilaporkan maut, manakala lima lagi selamat dalam kemalangan dua buah kenderaan di persimpangan Lubok Antu, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan tersebut pada jam 11.11 pagi.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Setibanya pasukan Bomba di lokasi, didapati kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Toyota Hilux dan Proton Waja.

“Terdapat tujuh mangsa yang terlibat dalam kemalangan iaitu enam dari Proton Waja dan seorang mangsa dari Toyota Hilux,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya dua mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu dan penumpang Proton Waja.

“Terdapat enam mangsa dari Proton Waja dan seorang mangsa iaitu pemandu dan seorang mangsa penumpang telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM.

“Manakala lima mangsa lagi keadaan selamat,” katanya.

Pasukan bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Setelah mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mangsa-mangsa yang cedera juga dikejarkan ke Hospital Sri Aman menggunakan ambulans KKM.

“Seterusnya pasukan Bomba melakukan kerja-kerja pembersihan jalan dari sisa-sisa kemalangan di atas jalan raya sehingga selesai sepenuhnya,” katanya. — DayakDaily

Advertisement