Dua maut dalam kemalangan di Jalan Bako

Royal Malaysia Police logo

KUCHING, 31 Mei: Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan di Jalan Bako, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Bingkok John berkata kedua-dua mangsa berusia 20 (lelaki) dan 22 tahun (wanita).

Katanya, semasa kejadian mereka menaiki sebuah motosikal bergerak dari arah Pusat Konvensyen Penview (PCC) Kuching menuju ke Jalan Bako.


“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila penunggang bersama pembonceng yang bergerak menuju ke Jalan Bako telah terbabas ke sebelah kiri jalan.

“Akibat kemalangan ini menyebabkan kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Bagaimanapun siasatan polis masih dijalankan berhubung punca kemalangan tersebut.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — DayakDaily