Dua lelaki hilang mencari lokan, ditemui selamat di Samarahan

Kedua-dua mangsa ditemui selamat.
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 13 Mei: Dua lelaki yang dilaporkan hilang semasa mencari lokan di tapak pembinaan di Jalan Tanjung Bako, Samarahan ditemui selamat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kedua-dua mangsa ditemukan di kawasan berpaya di seberang anak sungai iaitu kira-kira 1 kilometer dari Pos Kawalan Bomba sekitar jam 11.40 pagi tadi.

Advertisement

Katanya, mangsa dipercayai tidak dapat menyeberangi sungai berikutan air pasang.

“Kedua-dua mangsa lelaki dewasa tidak mengalami kecederaan dan mengalami keletihan.

“Mereka dibawa keluar dengan menggunakan bot pasukan SAR dan seterusnya dihantar ke Hospital Pusat Jantung Sarawak untuk pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi SAR ditamatkan pada jam 1 petang.

Kedua-dua mangsa dilaporkan hilang selepas keluar mencari lokan berdekatan kawasan tapak pembinaan tidak jauh dari ILP Kota Samarahan sejak semalam.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilancarkan pagi tadi selepas laporan kehilangan mereka dibuat di balai polis berhampiran. — DayakDaily

Advertisement