Dua lelaki hilang ketika mencari lokan di Kuching

Operasi SAR sedang dijalankan untuk mencari kedua-dua lelaki yang dilaporkan hilang.

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 13 Mei: Dua lelaki dilaporkan hilang sejak semalam ketika keluar mencari lokan di kawasan tapak pembinaan di Jalan Tanjing Bako, Samarahan hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 8.44 pagi tadi.

Advertisement

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan terus dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) kedua-dua mangsa.

“Pada jam 12 tengah hari semalam, kedua-dua nangsa keluar mencari lokan di tapak projek di seberang jalan depan bangunan Pejabat Sains Samarahan ILP dan mereka belum pulang sehingga laporan polis dibuat hari ini.

“Kedua-dua mangsa tidak diketahui kedudukannya kerana tidak membawa telefon bimbit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa yang hilang dikenali sebagai Kawi Entinggi, 54 tahunl dengan Adi Alet berusia 42 tahun.

Sehingga berita ini ditulis, operasi SAR masih dijalankan dan kedua-dua mangsa masih belum dijumpai. — DayakDaily

Advertisement