Dua lelaki ditahan kerana menunggang dalam keadaan mabuk di Sibu

Pemeriksaan dilakukan ke atas pengguna jalan raya.

SIBU, 28 Dis: Dua penunggang motosikal ditangkap kerana didapati menunggang di bawah pengaruh alkohol di Jalan Channel, di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata kedua-dua lelaki terbabit merupakan antara 80 individu yang diperiksa dalam operasi Op Mabuk tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan menggunakan mesin Evidential Breath Analyser (EBA) mendapati kandungan alkohol kedua-dua suspek melebihi paras dibenarkan.


Susulan itu, kedua-dua suspek kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.

Selain itu, pasukan operasi turut memeriksa 74 buah kenderaan dan menyita sebuah motosikal di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, sebanyak 27 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik sepanjang operasi tersebut dari jam 9 malam hingga 1 pagi.

Operasi diketuai Timbalan Ketua JSPT Sarawak DSP Mathew Manggie. — DayakDaily