Dua kereta dihempap pokok tumbang

Gambar komposit menunjukkan keadaaan di lokasi kejadian.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 28 Jun: Dua buah kereta dilaporkan dihempap pokok tumbang di tempat letak kereta berdekatan sebuah pusat beli belah di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata kejadian dilaporkan berlaku pada jam 3.49 petang.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang diarahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan sebatang pokok yang dianggarkan setinggi 40 kaki panjang telah tumbang dan menyebabkan laluan di lokasi terhalang.

“Kejadian pokok tumbang berkenaan turut melibatkan dua buah kereta,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kerja-kerja menebang dan mengalihkan pokok yang tumbang turut dilakukan bersama Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Perbandaran Padawan. — DayakDaily