Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah didiami musnah terbakar

Keadaan di lokasi kebakaran.
Advertisement

Oleh Dean Adam

PADAWAN, Mac 20: Dua keluarga di Kampung Benuk di sini tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka terbakar, hari ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, tiada laporan kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku.

Advertisement

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran berkenaan pada pukul 9.25 pagi.

Jelasnya, sepasukan anggota bomba kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk melakukan operasi memadam kebakaran.

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran.

“Apabila tiba, pasukan bomba mendapati api sedang marak membakar kediaman tersebut.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua penghuni rumah berkenaan berjaya keluar menyelamatkan diri,” katanya di sini hari ini.

Tambah jurucakap sama, komander operasi kebakaran berjaya dikawal pada pukul 10.05 pagi.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian akibat kejadian itu masih lagi dalam proses siasatan,” katanya. — DayakDaily

Advertisement