Oleh Brad Rantayy
MIRI, 15 Julai: Dua individu dilaporkan cedera selepas kenderaan dinaiki bertembung di Jalan Miri Airport lewat petang semalam.
Kemalangan terbabit berlaku sekitar jam 5.53 petang dan melibatkan sebuah Perodua Viva dan sebuah Honda City.
Kedua-dua mangsa, penumpang Honda City seorang wanita berusia 28 tahun dan pemandu Perodua Viva, telah dikeluarkan sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri.
Menurut pegawai APM Miri Kapten (PA) Usman Harto, seramai emoat anggotanya telah dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan sekitar jam 5.53 petang.
“Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut,” ujarnya.
Punca kejadian masih dalam siasatan. — DayakDaily