557 kenderaan diperiksa, 78 notis dikeluarkan dalam Ops Bersepadu Ops Khas Aidiladha

Anggota operasi memasang pelekat reflektif

KUCHING, 15 Julai: Sebanyak 557 buah kenderaan diperiksa sepanjang Ops Bersepadu sempena Ops Khas Hari Raya Aidiladha pada 13 Julai.

Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, operasi dijalankan di stesen penguatkuasa JPJ Serian.

Katanya, turut menyertai operasi adalah Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Imigresen Malaysia.


“Sebanyak 557 buah kenderaan diperiksa dan 78 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan oleh kelima-lima agensi yang menyertai operasi tersebut,” katanya.

Hadir sama menyertai operasi ialah Timbalan Pengarah JPJ Sarawak Erick Jusiang yang mewakili Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili.

“Unit keselamatan jalan raya turut membuat advokasi kepada pengguna jalan raya dengan melekatkan pelekat reflektif di belakang bas dan motosikal awam,” katanya. — DayakDaily