Dua beradik ditahan kerana disyaki mencuri tandan kelapa sawit tuai rumah

Dua beradik (tiga dan empat dari kiri) ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 25 April: Dua beradik ditahan polis ketika leka memunggah 22 tandan kelapa sawit yang dicuri ke dalam sebuah trak pikap di sebuah ladang di Sungai Manong, Niah pada hari Sabtu (24 April).

Difahamkan kedua-dua suspek berusia 26 dan 19 tahun itu dipercayai telah lama melakukan kegiatan tersebut.


Pada Sabtu, sekitar jam 3.20 petang kelibat dua beradik tersebut dilihat memungut dan memasukkan buah tandan kelapa sawit ke dalam trak oleh penduduk kampung yang seterusnya memaklumkan kepada pihak polis.

Tangkapan dilakukan sekitar jam 4.30 petang di sebuah ladang sawit kepunyaan tuai rumah Sungai Manong.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari, kedua-dua suspek kini ditahan di Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. — DayakDaily