Dr Sim: Sarawak sekat kemasukan extrimis agama

Dato Sri Dr Sim Kui Hian
Advertisement

KUCHING, 2 Sept: Sarawak tidak teragak-agak untuk menambah senarai hitam individu yang disekat memasuki negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, golongan extrimis yang memainkan isu agama dan kaum tidak diterima di Sarawak.

“Di Sarawak, golongan extrimis ini dalam senarai hitam untuk memasuki negeri ini.

Advertisement

“Sesiapa sahaja yang dalam kategori extrimis yang memainkan isu agama dan kaum tidak diterima di Sarawak,”katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan dana bantuan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor) disini, hari ini.

Justeru, Dr Sim mengingatkan seluruh rakyat Sarawak agar tidak terjerat dengan provokasi yang sengaja dilakukan golongan extrimis.

Katanya, jika rakyat bersatu, golongan itu tidak boleh berbuat apa-apa.

“Tujuan mereka adalah untuk memecahkan Sarawak kerana mereka cemburu dengan perpaduan rakyat negeri ini.

“Penganut Islam, Kristian, Buddha dan agama-agama lain hidup dengan harmoni di Sarawak,” ujar beliau.

Ditanya berhubung isu MP Pasir Putih Nik Muhammad Zawawi Salleh, Dr Sim berkata, perkara tersebut tidak dibincangkan kerana kabinet belum bermesyuarat.

Nik Muhammad Zawawi pada persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa kitab Injil telah dipesongkan atau diubah.

Kenyataan tersebut telah menimbulkan kemarahan daripada pelbagai pihak dan ada yang telah membuat laporan polis. — DayakDaily

Advertisement