Dr Sim menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

Dr Sim (tengah, baju kuning) menyampaikan sumbangan kerajaan kepada mangsa kebakaran.

KUCHING, Sept 30: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian merangkap ADUN Batu Kawah telah membuat lawatan ke rumah mangsa kebakaran di Kampung Rantau Panjang dan RPR Batu Kawa hari ini.

Menurut Dr Sim dalam satu kenyataan media, tujuan lawatan beliau adalah untuk melihat sendiri keadaan rumah mangsa sekaligus membantu menyediakan kediaman yang lebih selesa kepada mangsa kebakaran.

Pada masa yang sama, Dr Sim juga menyampaikan sumbangan kerajaan kepada mangsa kebakaran.


Dalam kejadian kebakaran tersebut, sebuah rumah di Rantau Panjang telah terbakar pada Julai 4, 2019 manakala 2 buah rumah di RPR pula terbakar pada Sept 4, 2019. — DayakDaily