Dr Noor Hisham: 1,671 kes Covid-19 baru dan 4 kematian di laporkan hari ini

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

KUCHING, 20 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,671 kes baru positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 1,669 kes tempatan dan 2 kes import.

“Kes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 331,713 kes.


“Dengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 14,442 kes,’katanya dalam kenyataan hari ini.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 652 kes.Ini diikuti oleh Pulau Pinang sebanyak 328 kes dan Sarawak sebanyak 154 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 1,585 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 316,042 kes atau 95.28 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 151 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU) termasuk 64 kes memerlukan bantuan pernafasan,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan 4 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 1,229.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 2 kes di Selangor dan masing-masing 1 kes di Sabah dan Kedah.

“Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,”ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa terdapat 4 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 2kluster tempat kerja dan 2 kluster komunit.-DayakDaily