Dewi Seriestha lancar MV untuk lagu single ‘Cinta Abadi’

Dewi menyampaikan cenderamata kepada Abdul Karim di majlis pelancaran single 'Cinta Abadi'.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 14 Feb: Miss World Malaysia 2014 Dewi Seriestha hari ini melancarkan MV untuk lagu single ‘Cinta Abadi’ yang diilhamkan dari sejarah Puteri Sejinjang.

Majlis Pelancaran telah disempurnakan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Seni Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.


Menurut Dewi, lagu ‘Cinta Abadi’ ditulis oleh beliau sendiri dan merupakan single keempat beliau selepas “Hati Telah Dimiliki”, “Seindah Berdua” dan “I Love You”.

Katanya, ia memasukkan elemen peralatan muzik Bidayuh.

“Idea terciptanya lagu ini adalah daripada pementasan teater muzikal ‘Puteri Santubong’ dua tahun lepas.

“Ia khusus menggambarkan bahawa Puteri Sejinjang adalah seorang puteri yang baik,” kata Dewi.

Beliau menyanyikan lagu ‘Cinta Abadi’ bersama Anding Indrawani.

Abdul Karim (lima dari kiri) dan Dewi (tujuh dari kiri) merakamkan gambar kenangan bersama para jemputan lain.

Dalam pada itu, Abdul Karim menyifatkan Dewi sebagai seorang yang memiliki bakat besar dalam bidang nyanyian.

Selain itu, kata Abdul Karim, Dewi juga berbakat dalam bidang lakonan.

“Saya mahu melihat beliau (Dewi) mengeluarkan satu album di masa akan datang.

“Kementerian sentiasa menyokong anak Sarawak yang memiliki bakat seperti ini,” kata Abdul Karim. — DayakDaily