DBKU laksanakan kerja-kerja penambahbaikan Kuching Waterfront

Kerja-kerja penambahbaikan cahaya bermula pada Disember 2020
Advertisement

KUCHING, 16 Mac: Dewan Bandaraya Kuching Utara(DBKU) sebagai pengurus baharu Tebingan Kuching telah dan sedang melakukan beberapa kerja penambahbaikan di kawasan tumpuan awam dan pelancong.

Dalam kenyataan hari ini, DBKU berkata ia bagi memastikan Tebingan Kuching kekal sebagai salah satu destinasi pelancongan dan riadah yang bersih, cantik serta menarik di Bandaraya Kuching.

“DBKU telah melakukan kerja-kerja pembersihan di sepanjang Tebingan Kuching yang meliputi kerja-kerja menggilap dan mengecat pagar kayu termasuk mencuci pontoon dan laluan pejalan kaki.

Advertisement
Kerja-kerja penambahbaikan cahaya bermula pada Disember 2020

“Kerja-kerja lain yang turut dilakukan adalah menaik taraf tempat letak kereta bersebelahan Pejabat Pengurusan Tebingan Kuching,
mengecat semula petak tempat letak kereta dan pembersihan di sepanjang Sungai Bintangor,” katanya.

Selain itu, kerja-kerja pemotongan rumput, penyelenggaraan dan membaik pulih lampu LED String turut dijalankan di sekitar Waterfront Kuching.

DBKU turut melakukan kerja-kerja menaik taraf laluan berbumbung seterusnya disambung dengan kerja-kerja menaik taraf fasiliti di
Godown Amphitheatre.

“Pelbagai cadangan baharu yang lain juga akan dilaksanakan termasuk struktur laluan pejalan kaki berbumbung dan pembinaan Taman Hijau Petronas yang dijangka siap pada awal tahun 2022.

“Diharapkan agar semua warga Bandaraya Kuching terus memberikan kerjasama dan sokongan kepada pihak DBKU dalam memastikan kebersihan
dan kecantikan Waterfront Kuching sentiasa terpelihara,” kata DBKU. – DayakDaily

Advertisement