DBKU kenalpasti 18 lokasi hotspot banjir

Hilmy semasa lawatan ke Depo DBKU bagi meninjau persediaan menghadapi banjir.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 24 Dis: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengenalpasti 18 lokasi hotspot banjir di kawasan seliaannya.

Datuk Bandar DBKU Dato Hilmy Othman berkata, tumpuan khusus telah diberikan terhadap kawasan tersebut bagi penyelesaian.

Advertisement

“Ini merupakan lokasi hotspot dalam pandangan pihak DBKU, kerja-kerja menyelenggara perparitan di kawasan ini telah diperhebatkan semenjak 3 bulan yang lepas,” kata Hilmy.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa lawatan ke Depo DBKU hari ini.

Antara 18 lokasi ialah Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce / Lorong 24, Lorong Carmelite, Lebuh Cloud Estate / Jalan Green, Persimpangan Jalan McDougall dan Jalan Abang Tun Haji Openg.

Jalan Pinang Jawa, Jalan Bunga Kenanga, Jalan Bunga Raja, Taman Milion Gifted 2 dan Taman Cherrywood, Taman Won.

Jalan Matang berhadapan KFC dan McDonald Metrocity, Jalan Bentara, Lorong Cenderawasih 6/6E, Lorong Angsana 4, Jalan Simpor 3, Taman Murni dan Taman Sejoli.

Turut dalam kategori hotspot ialah Kampung Pasir Pandak dan Kampung Pasir Panjang, Taman Sourabaya Height Lorong 6 dan Jalan Astana (Pawada).

Tambah Hilmy, semua lokasi hotspot diletakkan sebagai keutamaan dalam projek utama Rancangan Malaysia ke-13 dalam menaik taraf kawasan yang terjejas. — DayakDaily

Advertisement