Daerah Samarahan catat jangkaan hayat ketika lahir tertinggi

A stethoscope. - DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay
Advertisement

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 30 Sept: Daerah Samarahan catat jangkaan hayat ketika lahir tertinggi pada 2022 dan 2023.

Menurut laporan TVS, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan bahawa daerah Samarahan pada tahun 2022 mencatat jangkaan hayat 79.5 tahun.

Advertisement

“Manakala pada tahun 2023 mencatat jangkaan hayat 79.6 tahun,” kata DOSM menerusi satu kenyataan.

Bagi seluruh negara pula, DOSM melaporkan seorang bayi yang dilahirkan pada 2024 secara purata dijangka hidup sehingga 75.2 tahun.

Katanya, seorang bayi perempuan yang lahir pada tahun ini dijangka hidup sehingga 77.8 tahun iaitu 4.8 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki iaitu 73 tahun.

“Tiga negeri yang mencatatkan jangkaan hayat melebihi jangkaan paras nasional (75.2 tahun) iaitu Selangor (78 tahun), Wilayah Persekutuan Labuan (77.8 tahun) dan Kuala Lumpur (76.2 tahun),” kata DOSM. — DayakDaily

Advertisement