Cubaan seludup rokok dan arak berbagai jenama tumpas, seorang lelaki warga tempatan ditahan

Anggota URM Miri memeriksaan kenderaan suspek.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 27 Sept: Unit Risikan Marin (URM) Miri pada Isnin (26 Sept), menumpaskan cubaan menyeledup rokok dan arak berbagai jenama dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan.

Menurut Ketua Polia Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, tangkapan dilakukan sekitar jam 12.30 tengahari semalam di Jalan Utama Pujut Padang Kerbau dalam satu Ops Kontraban.


“Dalam ops tersebut, seramai lima anggota URM Miri telah menahan sebuah van jenis Toyota Hiace, berwarna putih, dan hasil pemeriksaan mendapati van membawa muatan beberapa kotak mengandungi berbagai jenis rokok dan arak,” jelasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jumlah rampasan dianggarkan sebanyak RM44,256.66 termasuk van suspek (RM12,000).

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. — DayakDaily