Cubaan enam PATI masuk Sarawak gagal, ditangkap di Biawak

Enam PATI ditangkap di sempadan berhampiran Biawak, Lundu.
Advertisement

KUCHING, 14 Mei: Divisyen Pertama Infantri Tentera Darat Malaysia hari ini berjaya menyekat kemasukan enam Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Biawak, Lundu.

Panglima 9 Briged Brig Jen Ahmad Norzaini Badrun berkata, tangkapan dibuat berdekatan lorong tikus iaitu jarak lebih kurang 200 meter dari sempadan Indonesia pada jam 11.45 pagi.

“Semasa sedang melaksanakan rondaan, anggota ronda terserempak 6 orang PATI sedang berjalan daripada arah sempadan Indonesia.

Advertisement

“Anggota ronda Tentera telah menahan dan membuat pemeriksaan terhadap 6 orang PATI,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad, siasatan mendapati kesemua PATI dalam perjalanan untuk berkerja di Malaysia.

Pemeriksaan juga mendapati 6 orang PATI dalam lingkungan umur 26 hingga 52 tahun tersebut tiada barang terlarang serta berbahaya.

“Kesemua 6 orang PATI telah di bawa ke sempadan negara untuk pengusiran,” kata Ahmad.

Sementara itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu bagi menentukan tindakan pengusiran dibuat dengan betul mengikut peraturan semasa. — DayakDaily

Advertisement