Cuaca Krismas: Sediakan payung sebelum hujan

Rainy weather - DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 23 Dis: Penduduk negeri diramalkan akan membuat persiapan akhir menyambut perayaan Krismas dalam cuaca hujan dan ribut petir esok (24 Dis) dan seterusnya menyambut perayaan itu juga dalam cuaca sama Jumaat ini (25 Dis).

Berdasarkan ramalan cuaca Jabatan Meterologi Malaysia (JMM) di laman sesawangnya www.met.gov.my, cuaca bagi seluruh negeri ini esok dan Jumaat ini akan mengalami hujan di satu dua tempat di pedalaman sebelah pagi dan malam serta ribut petir di satu dua tempat di kawasan pedalaman sebelah petang.

Bagi daerah Lundu, Bau, Kuching, Serian, Samarahan, Simunjan, Sri Aman, Lubok Antu, Pusa, Betong, Saratok, Kabong, Pakan dan Julau, cuaca esok diramal tiada hujan sebelah pagi dan malam tetapi ribut petir di satu dua tempat sebelah petang.


Manakala Jumaat ini semua daerah terbabit diramal akan tiada hujan sebelah pagi, tetapi ribut petir di satu dua tempat di sebelah petang dan hujan di satu dua tempat sebelah malam.

Bagi daerah Asajaya pula, cuaca esok dan Jumaat ini diramalkan tiada hujan sebelah pagi dan malam tetapi ribut petir di satu dua tempat sebelah petang.

Bagi daerah Serian, cuaca esok diramalkan tiada hujan sebelah pagi dan malam tetapi ribut petir di satu dua tempat sebelah petang manakala Jumaat ini tiada hujan sebelah pagi tetapi ribut petir di satu dua tempat sebelah petang dan hujan di satu dua tempat sebelah malam.

Bagi daerah Sarikei, Maradong, Tanjung Manis dan Daro, cuaca esok diramal tiada hujan sebelah pagi dan malam tetapi ribut petir di satu dua tempat pada sebelah petang.

Manakala Jumaat ini empat daerah terbabit diramal tiada hujan sebelah pagi dan petang tetapi hujan di satu dua tempat sebelah malam.

Bagi daerah Sibu, Matu, Dalat dan Mukah diramal esok akan mengalami hujan di satu dua tempat sebelah pagi dan malam serta ribut petir disatu dua tempat pada sebelah petang.

Manakala pada Jumaat ini empat daerah terbabit diramal akan mengalami hujan di satu dua tempat sebelah pagi dan malam tetapi tiada hujan sebelah petang.

Bagi daerah Kanowit, Song, Kapit, Bukit Mabong dan Belaga, Telang Usan diramalkan esok dan Jumaat ini akan mengalami tiada hujan sebelah pagi tetapi ribut petir di satu dua tempat sebelah petang dan hujan di satu dua tempat sebelah malam.

Bagi daerah Selangau, Tatau, Bintulu, Sebauh, Subis dan Miri diramalkan cuaca esok akan hujan di satu dua tempat sebelah pagi dan malam serta ribut petir di satu dua tempat sebelah petang.

Manakala Jumaat ini enam daerah terbabit diramal akan mengalami hujan di satu dua tempat sebelah pagi dan malam tetapi tiada hujan sebelah petang.

Bagi daerah Beluru dan Marudi diramalkan esok dan Jumaat ini akan mengalami hujan di satu dua tempat pada sebelah pagi dan malam serta ribut petir di satu dua tempat pada sebelah petang.

Bagi daerah Limbang dan Lawas diramalkan cuaca esok tiada hujan sebelah pagi tetapi ribut petir di satu dua tempat sebelah petang dan hujan di satu dua tempat sebelah malam.

Manakala Jumaat ini kedua daerah terbabit diramal akan hujan di satu dua tempat pada sebelah pagi dan malam serta ribut petir di satu dua tempat sebelah petang. — DayakDaily