Covid-19: Kuching catat jumlah tertinggi dengan 78 kes di minggu epid ke-2

Covid-19 (file photo).

KUCHING, 16 Jan: Minggu epid ke-2 kes positif Covid-19 menyaksikan daerah Kuching terus mencatatkan jumlah kes tertinggi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini berkata, Kuching mencatatkan 78 kes.

Manakala Daerah Sibu mencatat 26 kes, Miri (23), Bintulu (12), Samarahan (10) dan Sarikei (8).


Menurut JPBN, jumlah kes positif Covid-19 bagi minggu epid ke-2 menunjukkan penurunan berbanding minggu epid ke-1.

Sebanyak 216 kes dicatatkan pada minggu epid ke-2 berbanding 270 pada minggu sebelumnya.

“Ini menjadikan kes kumulatif setakat ini meningkat kepada 324,087 kes.

“Pada minggu epid ke-2, sebanyak 211 kes tergolong dalam kategori 1 dan 2 manakala 5 kes dicatatkan dalam kategori 3, 4 dan 5,” kata JPBN.

Sibu merekodkan dua kematian bagi minggu epid ke-2. — DayakDaily