Covid-19: Kuching catat jumlah terbanyak dengan 295 kes

Gambar adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Foto: Pixabay

KUCHING, 14 Nov: Minggu epid ke-45 kes positif Covid-19 menyaksikan daerah Kuching mencatatkan jumlah kes terbanyak dengan 3 angka.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan hari ini berkata, Kuching mencatatkan 295 kes.

Manakala Daerah Sibu mencatat 61 kes, Miri (58), Bintulu (36), Samarahan (31) dan Bau (21).


Menurut JPBN, jumlah kes positif Covid-19 bagi minggu epid ke-45 menunjukkan peningkatan berbanding minggu epid ke-44.

Sebanyak 616 kes dicatatkan pada minggu epid ke-43 berbanding 459 pada minggu sebelumnya.

“Ini menjadikan kes kumulatif setakat ini meningkat kepada 318,451 kes.

“Pada minggu epid ke-45, sebanyak 604 kes tergolong dalam kategori 1 dan 2 manakala 12 kes dicatatkan dalam kategori 3, 4 dan 5,” kata JPBN.

Daerah Kuching merekodkan satu kematian bagi minggu epid ke-45. — DayakDaily