Covid-19: 9 kes positif baharu manakala 6 individu pulih

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 11 OGOS: Sebanyak 9 kes baharu positif Covid-19 dan 6 individu pulih dilaporkan di seluruh negara hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 9 kes baharu itu melibatkan 4 kes penularan dalam negara dan 5 kes import.


“Kes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 9,103 kes.

“Dengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 169 kes,’katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelas Dr Noor Hisham, 5 kes import hari ini melibatkan 3 warganegara dan 2 bukan negara iaitu mereka yang pulang dari Jepun, India, Pakistan, New Zealand dan Singapura.

Manakala tiada kes warganegara dikesan daripada 4 kes penularan tempatan.

Tambah beliau, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan kekal 125 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 6 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 8,809 kes atau 96.77 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 2 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU),” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa Kluster PUI Novgorod diisytiharkan tamat hari ini.—DayakDaily