Covid-19: 9 individu pulih dengan 3 kes baharu, tiada kematian

Medicine and healthcare. — DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

Oleh Chris Bishop

KUCHING, June 23: KKM memaklumkan bahawa terdapat sembilan kes yang telah pulih Covid-19 dan dibenarkan discaj di seluruh negara pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dari jangkitan Covid-19 dan discaj dari wad meningkat kepada 8,186 kes.


Ini bersamaan 95.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19.

“Sehingga 23 Jun 2020 pukul 12.00 tengah hari, terdapat tiga kes baharu yang telah dilaporkan. Ia menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,590 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 283 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” dedah beliau menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, semua tiga kes baru yang dilaporkan adalah kes penularan di dalam negara, iaitu dua kes melibatkan bukan warganegara dan satu di kalangan warganegara.

“Sehingga kini tiga kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan,” ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa tiada kematian dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) hari ini.

Justeru katanya, jumlah kes kematian di Malaysia kekal 121 kes iaitu bersamaan dengan 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. — DayakDaily