Covid-19: 62 kes positif baharu dengan 61 penularan tempatan

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 16 Sept: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 62 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Menurut beliau, ia melibatkan 61 kes tempatan dan satu kes import.


“Kes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 10,031 kes.

“Dengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 668 kes,” katanya menerusi satu kenyataan.

Jelas Dr Noor Hisham, 61 kes tempatan adalah melibatkan 41 warganegara dan 20 bukan warganegara, manakala satu kes import pula melibatkan warganegara.

Tambah beliau, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan kekal 128 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 26 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 9,235 kes atau 92.06 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 15 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)dan tiga kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya. — DayakDaily