Covid-19: 6 kes positif baharu dan 7 pulih

Dr Noor Hisham Credit: Radio Television Malaysia (RTM).DDFilePhoto

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 26 OGOS: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 6 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Katanya, ia melibatkan 5 kes tempatan dan 1 kes import.

“Kes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 9,291 kes.

“Dengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 188 kes,’katanya menerusi satu kenyataan.

Jelas Dr Noor Hisham, semua 5 kes tempatan adalah melibatkan warganegara.

Manakala 1 kes import pula melibatkan bukan warganegara.

Tambah beliau, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan kekal 125 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 7 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 8,978 kes atau 96.63 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 9 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU)dan 6 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.—DayakDaily