Covid-19: 5,298 kes baharu dan 14 kematian

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUCHING, 31 Jan: Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) memaklumkan bahawa terdapat 5,298 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 5,295 kes tempatan dan tiga kes import.

ā€œKes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 214,959 kes.


ā€œDengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 48,150 kes,ā€ katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Selangor melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 2,460 kes. Ini diikuti oleh Johor dengan 1,020 kes dan Kuala Lumpur dengan 783 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 4,522 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 166,049 kes atau 77.3 daripada jumlah keseluruhan kes.

ā€œSehingga kini, terdapat 313 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 127 kes memerlukan bantuan pernafasan,ā€ katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan 14 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 760 kes.

ā€œDukacita dimaklumkan terdapat 14 kes kematian dilaporkan hari ini.

ā€œKes-kes kematian pada hari ini melibatkan 12 kes di Selangor, serta masing-masing satu kes di Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Semua kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara.

ā€œKKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,ā€ ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja, dua kluster kumpulan berisiko tinggi, dan satu kluster komuniti. ā€” DayakDaily