Covid-19: 3,847 kes baharu dan 12 kematian

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Advertisement

KUCHING, 6 Feb: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 3,847 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 3,843 kes tempatan dan empat kes import.

ā€œKes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 238,721 kes.

Advertisement

ā€œDengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 50,894 kes,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,481 kes. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 585 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 402 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 1,692 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 186,970 kes atau 78.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 305 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 139 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan 12 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 857 kes.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga kes di Sabah, tiga kes di Johor, dua kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dua kes di Melaka, masing-masing satu kes di Selangor dan Kelantan.

Sebanyak lapan kes kematian melibatkan warganegara dan empat kes bukan warganegara.

“KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,”ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa terdapat 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 11 kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi. ā€” DayakDaily

Advertisement