Covid-19: 333 pulih dengan 41 kes baharu

Filepix

KUCHING, JUN 16: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi kenyataan memaklumkan bahawa terdapat 333 kes yang telah pulih Covid-19 dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 dan discaj dari wad adalah sebanyak 7,733 kes iaitu bersamaan 90.92 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Kenyataan itu juga memaklumkan bahawa terdapat 11 kes baharu yang telah dilaporkan dan ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,505 kes.


”Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 651 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” menurut kenyataan itu.

Menurut KKM, daripada 41 kes baharu tersebut, 1 kes adalah kes import dan 10 kes penularan dalam negara.

Sehingga kini, sebanyak 4 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM juga memaklumkan bahawa tiada kematian dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) hari ini.

Justeru, jumlah kes kematian di Malaysia kekal 121 kes.—DayakDaily