Covid-19: 21 kematian dan 3,455 kes baharu

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUCHING, 2 Feb: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 3,455 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 3,450 kes tempatan dan lima kes import.

ā€œKes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 222,628 kes.


ā€œDengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 47,847 kes,ā€ katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,145 kes. Ini diikuti oleh Johor dengan 708 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 619 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 3,661 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 173,990 kes atau 78.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

ā€œSehingga kini, terdapat 327 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU) termasuk 145 kes memerlukan bantuan pernafasan,ā€ katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan 21 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 791 kes.

ā€œKes-kes kematian pada hari ini melibatkan 12 kes di Selangor, 4 kes di Sabah, masing-masing 2 kes di Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 1 kes di Kedah.

ā€œSebanyak 20 kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara dan 1 kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,ā€ ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 7 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan 6 kluster berkaitan tempat kerja dan 1 kluster komuniti. ā€” DayakDaily