Covid-19: 2,027 kes baharu dan 8 kematian

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Oleh: Chris Bishop

KUCHING, 5 Jan: Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) memaklumkan bahawa terdapat 2,027 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia melibatkan 2,011 kes tempatan dan 16 kes import.


“Kes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 122,845 kes.

“Dengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 22,887 kes,’ katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 509 kes. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 428 kes dan Sabah sebanyak 383 kes.

Status Terkini COVID19, 5 Januari 2021

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 1,221 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 99,449
kes atau 81 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 123 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU) termasuk 52 kes memerlukan bantuan
pernafasan,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan 8 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 509 kes.

“Dukacita dimaklumkan terdapat 8 kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan 7 kes warganegara dan 1 bukan warganegara.

“Lima kes kematian dilaporkan di Sabah dan 2 kes di Selangor, manakala satu kes dilaporkan di Perak. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa,’ ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 11 kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Jalan Playar di Selangor, Kluster Sri
Suria(Selangor), Kluster Tapak Bina Bukit Semenyih(Selangor), Kluster Bukit Angkat(Selangor), Kluster Parit Jamil(Johor), Kluster Tombovo(Sabah), Kluster Tapak Bina Jalan Desa(Kuala Lumpur), Kluster Jalan Raja(Kuala Lumpur), Kluster Langit Selatan(Pahang), Kluster Bah Sayap(Sarawak) dan Kluster Mengkuang di Terengganu. – DayakDaily