Covid-19: 1,378 kes baru dan 5 kematian

Dr Noor Hisham

KUCHING, 23 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,378 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 1,332 kes tempatan dan 16 kes import.

ā€œKes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 98,737 kes.


ā€œDengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 18,279 kes,ā€™katanya pada satu sidang media hari ini.

Negeri Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi untuk lapan hari berturut-turut iaitu sebanyak 535 kes (39.7 peratus).

Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 226 kes (16.8 peratus) dan Sabah sebanyak 189 kes (14.0 peratus).

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 710 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 80,014
kes atau 81 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 102 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU) dengan 44 kes memerlukan bantuan
pernafasan,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan 5 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah
kumulatif kes berkenaan 444 kes.

ā€œDukacita dimaklumkan terdapat 5 kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan semua warganegara.

ā€œTiga kes kematian dilaporkan di Selangor manakala masing-masing 1 kes dilaporkan di Sabah dan Negeri Sembilan. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa,ā€™ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 5 kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Panah dan Kluster Menara Wang di Kuala Lumpur, Kluster Saga Tengah di Sabah, Kluster Kolam Air di Kedah dan Kluster Hala Mutiara di Perak.-DayakDaily