Covid-19: 1,210 kes baharu, 1,018 pulih dan 5 kematian

Covid-19 file pic
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 17 Nov: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 1,210 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Menurut beliau, ia melibatkan 1,191 kes tempatan dan 19 kes import.

Advertisement

“Kes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 49,730 kes.

“Dengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 12,788 kes,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan lima kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 318 kes.

“Dukacita dimaklumkan terdapat lima kes kematian dilaporkan pada hari ini melibatkan tiga kes warganegara dan dua kes bukan warganegara.

“Daripada jumlah itu, empat kes kematian dilaporkan di Sabah dan satu kes di Perak. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” ujar beliau.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 1,018 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 36,624 kes atau 73.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 105 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 32 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa terdapat lima kluster baharu dilaporkan hari ini iaitu Kluster Avenue di Penampang (Sabah), Kluster Kejora di Kota Kinabalu (Sabah), Kluster Kepong (Kuala Lumpur).

Kluster Summer di Timur Laut(Pulau Pinang) dan Kluster Mengketil di Kota Bahru, Machang, Tanah Merah di Kelantan dan Besut di Terengganu. — DayakDaily

Advertisement