Covid-19: 1,199 kes baru dan 2 kematian di lapor hari ini

Dr Noor Hisham Abdullah (file photo)

KUCHING, 27 MAC: Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,199 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan 1,194 kes tempatan dan 5 kes import.

ā€œKes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 340,642 kes.


ā€œDengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 14,209 kes,ā€™katanya dalam kenyataan hari ini.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 283 kes.Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 267 kes dan Kelantan sebanyak 138 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat sebanyak 1,257 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 325,182 kes atau 95.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, terdapat 167 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU) termasuk 72 kes memerlukan bantuan pernafasan,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan terdapat pertambahan 2 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan 1,251 kes.

“Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing 1 kes di Sabah dan Pulau Pinang.

“Kesemua kes kematian melibatkan 1 warganegara dan 1 bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka,”ujar beliau.-DayakDaily