Covid-19: 101 kes positif baharu dengan 4 lagi kluster baharu dikenal pasti

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 29 Sept: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 101 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan hari ini.

Menurut beliau, ia melibatkan 97 kes tempatan dan empat kes import.


ā€œKes positif terkini itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 11,135 kes.

ā€œDengan itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,062 kes,ā€ katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Jelas Dr Noor Hisham, 97 kes tempatan adalah melibatkan 93 warganegara dan empat bukan warganegara.

Manakala empat kes import pula melibatkan satu warganegara dan tiga kes bukan warganegara.

Tambah beliau, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaan kekal 134 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 50 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 9,939 kes atau 89.26 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

ā€œSehingga kini, terdapat 13 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU) dan lima kes memerlukan bantuan pernafasan,ā€ katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa terdapat empat kluster baharu telah dikenal pasti.
Katanya, ia adalah Klustar Jalan Bomba dan Kluster Jalan Utara di Sabah, Kluster Benteng PK di Selangor dan Kluster Bakawali di Johor.

ā€œSusulan itu, pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat telah dijalankan,”ujar beliau. ā€” DayakDaily