Chukpai hantar bantuan awal kepada mangsa kebakaran di Uma Bahau Apo Koyan

Chukpai (sembilan kanan) semasa menyampaikan bantuan awal kepada mangsa kebakaran Uma Bahau Apo Koyan.

KUCHING, 8 Jan: Adun Murum Kennedy Chukpai Ugon pada Jumaat lepas telah menghulurkan bantuan awal sebanyak RM24,900 kepada keluarga mangsa kebakaran di Uma Baha Apau Koyan, Sungai Asap di Belaga.

Kebakaran telah meranapkan 15 pintu Blok F dan sebuah pintu Blok E yang rosak 40 peratus.

Chukpai pada lawatan itu juga telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah bagi penyelarasan bantuan dan tindakan susulan pasca tregedi kebakaran.

Ia adalah usaha awal bagi membantu dan meringankan beban mangsa kebakaran yang turut melibatkan 19 orang pelajar sekolah rendah, 12 orang pelajar sekolah menengah dan 3 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi.

Dalam pada itu, Adun Belaga yang juga Timbalan Menteri dan Telekomunikasi turut menyumbang sebanyak RM8,000 kepada mangsa kebakaran. — DayakDaily