Centexs bekal tenaga pakar jayakan transformasi ekonomi negeri

Abang Johari ketika berucap di Simposium Antarabangsa-Transformasi Industri Digital.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 7 Jun: Pusat Kecemerlangan Teknikel Sarawak (Centexs) bekal tenaga pakar bagi menjayakan transformasi ekonomi negeri.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Centexs membantu mengasah bakat samada yang memilikinya secara semulajadi dan yang perlu mempelajari.


Katanya, bila kerajaan Sarawak meletakkan sasaran Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 tahun 2030, ia adalah berdasarkan data yang ada.

“Di mana kekuatan Sarawak adalah tenaga hidro yang boleh diperbaharui, dan yang kedua ialah sumber kita dimana kita perlu membuat analisa.

“Apa yang kita boleh buat untuk sumber ini ialah memberinya nilai tambah.

“Ketiga, kita perlukan sumber manusia iaitu kepakaran dan disinilah Centexs diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Perasmian Simposium Antarabangsa Berkaitan Transformasi Industri Digital di Centexs di sini hari ini.

Tambah Abang Johari, Sarawak perlu memperkasakan sumber manusia dengan pelbagai kepakaran.

Ujar beliau, kepakaran tersebut diperlukan bagi menguruskan sumber sedia ada, tenaga diperbaharui dan bagi tujuan analisa.

“Dengan pendekatan ini, saya menyokong usaha untuk meningkatkan inovasi dan kepakaran sumber manusia,” katanya.

Simposium Antarabangsa-Transformasi Industri Digital diadakan selama dua hari bermula hari ini dan esok. — DayakDaily