Cek Unifor berjumlah RM655,000 diagihkan kepada rumah ibadat di Tatau

John (tengah) menyerahkan cek Unifor kepada salah seorang wakil penerima.
Last Updated on

KUCHING, JAN 27: Menteri Muda Undang-Undang dan Adat Bumiputera Datuk John Sikie Tayai menggesa agar jawatankuasa rumah-rumah ibadat di Daerah Tatau, Bintulu menghantar permohonan bantuan ke Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor).

Katanya, kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sejumlah wang untuk tujuan pengubahsuaian dan membina rumah-rumah ibadat di seluruh negeri.

“Kerajaan Sarawak sentiasa mengambil berat terhadap kepentingan semua kaum dan agama di negeri ini.

“Dan setiap tahun kerajaan Sarawak mengagihkan sejumlah peruntukkan untuk rumah-rumah ibadat di seluruh negeri.

ABANG JOHARI

“Justeru, ahli-ahli jawatankuasa rumah-rumah ibadat hendaklah menghantar permohonan kepada Unifor untuk mendapatkan bantuan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan cek Unifor berjumlah RM665,000 kepada empat gereja di Daerah Tatau baru-baru ini.

Empat gereja itu ialah Gereja St Peter Tatau, Gereja SDA Bukit Batu Jalan Samarakan, Gereja SDA Samarakan dan Gereja SDA Bintulu.

Unifor yang ditubuhkan pada April 2017 merupakan idea bekas Ketua Menteri Pehin Sri Adenan Satem dan kini terus disokong oleh penggantinya, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai unit sedemikian untuk membantu rumah-rumah ibadat.

Untuk tahun ini, Abang Johari telah memperuntukkan sejumlah RM50 juta untuk Unifor yang ditubuhkan di bawah Jabatan Ketua Menteri itu. — DayakDaily