Borneo Heritage Handicraft dipecah masuk, 4 peniaga rugi RM650

PDRM logo.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 9 Julai: Empat peniaga kraftangan di Borneo Heritage Handicraft centre di Jalan Brooke kerugian RM650, selepas premis mereka dipecah masuk pencuri yang memanjat dari atas bumbung bangunan tersebut awal pagi Rabu (8 Julai).

Kejadian disedari salah seorang peniaga di bangunan itu pada pagi Rabu ketika hendak membuka premis perniagaannya pada pukul 8 pagi.


Semasa membuka pintu ‘roller shutter’ kedainya, pengadu telah melihat keadaan pintu tersebut dalam keadaan terbuka.

Pengadu turut melihat beberapa pintu kedai lot bersebelahan turut dipecah di mana mangga telah dirosakkan.

Satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa berhubung dengan kejadian tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.—DayakDaily