This Content Is Only For Subscribers
MIRI, 5 Sept: Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan terperangkap di dalam sebuah kereta di Tudan Desaras, di sini hari ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 10 pagi.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong terus dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, ketua pasukan memeriksa keadaan dan mengarahkan anggota Bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta tersebut.
“Setelah pintu berjaya dibuka, kanak-kanak tersebut terus diserahkan kepada keluarganya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kanak-kanak berusia 1 tahun 7 bulan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pasukan Bomba kemudian berangkat balik ke balai selepas kerja-kerja menyelamat selesai. — DayakDaily