Bomba selamatkan dua budak terperangkap di dalam kereta di Petra Jaya

Kelihatan kanak-kanak yang terperangkap di dalam kereta terkunci setelah berjaya dibebaskan.

KUCHING, Ogos 5: Anggota Balai Bomba Petra Jaya hari ini menyelamatkan dua budak yang terperangkap di dalam kereta terkunci.

Insiden yang berlaku pada jam 1.20 petang itu membabitkan mangsa yang masing-masing berumur satu dan enam tahun yang ditinggalkan bapa mereka yang keluar dari kereta untuk membeli barang keperluan.

Sejurus menerima penggilan, anggota Bomba dikerahkan ke lokasi dengan jentera FRT dan EMRS.


Mengikut laporan, budak-budak itu tertidur dalam kenderaan dengan injin kereta masih hidup. — DayakDaily