KUCHING, 4 Jan: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak diketuai Pengarahnya Datu Khirudin Drahman membuat pemantauan monsun timur melalui udara hari ini.
Bomba melalui kenyataanya memberitahu pemantauan dilakukan menggunakan pesawat Mi171 Bomba yang diterbangkan oleh Kapten Sufian Ahmed.
“Pemantauan hari ini adalah meliputi kawasan yang berkemungkinan berisiko dinaiki air iaitu Tebedu, Gedong, Sri Aman, Simunjan, Asajaya dan sekitar kawasan Muara Tebas,” katanya.
Turut sama dalam operasi pemantauan tersebut ialah pegawai dari Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) dan pihak media. ― DayakDaily
Advertisement