Bomba Miri terus ‘bergelut’ padam kebakaran belukar

Advertisement

Oleh Dean Adam

MIRI, Mac 17: Pasukan bomba dan penyelamat Miri terus bertungkus-lumus memadam kebakaran kawasan belukar di RPR Sungai Rait di sini hari ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, perbuatan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab yang ingin membuka kawasan itu untuk tujuan berkebun dipercayai menjadi punca kebakaran belukar di situ.

Advertisement

Tegasnya, kawasan yang terjejas akibat kebakaran belukar itu ialah sekitar 4 ekar.

“Pasukan bomba telah bertindak memadam kebakaran itu dengan menggunakan air tangki jentera 1 aliran 600 kaki 2 nozel,” katanya di sini hari ini.

Law menambah, cuaca panas dan kering menyebabkan kawasan seperti belukar dan hutan mudah terdedah kepada risiko kebakaran.

“Justeru, bomba ingin mengingatkan masyarakat umum agar tidak melakukan pembakaran terbuka termasuk untuk aktiviti pertanian sepanjang musim kemarau ini,” katanya. — DayakDaily

Advertisement