Bomba bantu pujuk wanita alami tekanan mental di Sibu

Mangsa dipujuk dan ditenangkan oleh anggota Bomba sebelum diserahkan kepada pihak KKM.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


SIBU, 20 Mei: Seorang wanita yang mengalami tekanan mental dikatakan tiba-tiba bertindak agresif dan melarikan diri dari rumah di Jalan Belatok Utara, di sini hari ini.

Keluarga mangsa yang risau dengan kejadian tersebut terpaksa mendapatkan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) untuk memujuk mangsa berusia 60an itu.

Difahamkan Bomba menerima laporan berhubung kejadian sekitar jam 12.28 tengah hari dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu terus ke lokasi kejadian.


“Pasukan Bomba terus ke lokasi kenadian dan telah berusaha memujuk wanita berkenaan agar menyerah diri untuk mendapatkan rawatan.

“Wanita berkenaan akhirnya berjaya dipujuk dan kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malayia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya jurucakap Bomba.

Wanita tersebut kemudiannya dikejarkan ke hospital dan pasukan bomba bertolak balik ke balai. — DayakDaily