Bomba bantu hantar Vaksin Covid-19 di kawasan pedalaman Miri

Pasukan operasi yang bertanggungjawab menghantar vaksin di kawasan pendalaman Miri

Oleh Juetila Ozzy

MIRI, 25 Jun: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak melalukan operasi khas membantu penghantaran vaksin ke kawasan pedalaman di Miri.

Jurucakap JBPM Sarawak berkata penghantaran adalah dilakukan melalui udara dengan menggunakan helikopter dari Pangkalan Operasi Udara Bomba Miri

Jelasnya, dua penerbangan dilakukan diketuai Kapten Muhamad Muiz Md Pisar dan dibantu Robert James serta Mohd Rizan Jefri bermula dari jam 9 pagi hingga tengah hari tadi

Lokasi penghantaran vaksin adalah di Long Saridan, Long Lelang, Long Banga dan Long Panai untuk penerbangan pertama.


Manakala penerbangan kedua dilakukan ke Long Loyang, Long Jegan, Long Teran, Pengarah Enteri dan Long Teru.

Objektif operasi adalah agar semua lokasi di kawasan pedalaman mendapat bekalan vaksin dengan segera.

Ini juga agar semua masyarakat samada di pedalaman dan bandar sama-sama mendapat vaksin serentak dan meluas.

Turut sama dalam operasi ialah Ketua Zon Bomba Miri Law Poh Kiong dan beberapa kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). — DayakDaily