MIRI, 1 April: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sarawak hari ini menganjurkan program ‘Sentuhan Kasih’ bagi peringkat Zon 6.
Program tersebut diadakan dengan kerjasama Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA).
Sepanjang program tersebut, Pengarah Bomba Sarawak Datu Khirudin Drahman mengetuai rombongan menyantuni warga Persatuan Orang Kurang Upaya Fizikal Miri (POKUFM).
Pelbagai sumbangan telah disampaikan dalam program tersebut, termasuk beras, mee, biskut, minuman dan pelitup muka.
Selain itu, Bomba Zon 6 turut menyumbangkan tiga unit alat pemadam api untuk kegunaan premis POKUFM.
Rombongan kemudian turut dibawa melawat tapak jualan produk tanaman, projek tanaman dan pusat terapi.
Hadir sama dalam program tersebut ialah Timbalan Pengarah Bomba Sarawak Tiong Ling Hii, Ketua Bomba Zon 6, Law Poh Kiong dan Presiden NSJA Andy Joong Wan Joon. — DayakDaily