BN secara rasmi tidak terlibat PRN Sarawak

Mohamad (kanan) pada sidang media di Kuching.

KUCHING, 4 Dis: Barisan Nasional (BN) secara rasmi mengumumkan tidak akan terlibat di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah cukup mantap untuk memenangi PRN dengan cemerlang.

ā€œJentera GPS cukup mantap di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.


ā€œGPS telah mentadbir Sarawak dengan baik dan tidak perlu campur tangan daripada pihak luar.

ā€œParti-parti dalam GPS memang parti yang mewakili penduduk dan kaum masing-masing dan ketokohan serta kewibawaan pemimpin amat mantap,ā€ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Walaupun tidak terlibat kali ini tambah Mohamad, BN masih lagi bersama-sama GPS dan persahabatan yang terjalin sejak 1974 akan terus dikekalkan.

Katanya, sehingga ke hari ini, BN dan GPS masih lagi mempunyai hubungan yang rapat dan kehadiran di Sarawak adalah untuk memberikan sokongan moral.

ā€œKepada rakyat Sarawak, saya mohon supaya memberikan kepercayaan semula kepada kepada GPS kerana faktor kestabilan sesebuah negeri itu adalah amat penting untuk kesejahteraan rakyat.

ā€œKestabilan bermula daripada parti-parti yang dapat membentuk kerajaan yang dapat menumpukan sepenuh masa menguruskan negeri dan akhirnya membawa kemakmuran.

ā€œIni adalah formula untuk rakyat hidup dengan aman sejahtera. Jadi saya harap rakyat Sarawak memberi mandat besar kepada GPS pada PRN ini untuk tempoh 5 tahun akan datang,ā€ ujar Mohamad. ā€” DayakDaily