Bilik tidur sebuah rumah di Jalan Kuap musnah terbakar

Keadaan bilik tidur yang musnah terbakar.
Advertisement

KUCHING, 15 Julai: Bilik tidur sebuah rumah jenis kekal 2 tingkat di Lorong Impiana, Jalan Kuap di sini musnah dalam satu kebakaran pagi tadi.

Menurut Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Siburan, kebakaran yang berlaku sekitar jam 10 pagi itu tidak melibatkan mangsa.

Kebakaran melibatkan bilik tidur berkeluasan 10×12 kaki persegi di tingkat bawah yang musnah 100 peratus.

Advertisement

Anggota Bomba melakukan pemadaman dengan menggunakan 1 aliran salur bantu mula air tangki pam jentera dan pili bomba berdekatan sehingga terpadam sepenuhnya. — DayakDaily

Advertisement