Oleh Chris Bishop
KUCHING, 25 Sept: Bibiana Ahmad menambah emas buat kontinjen para Sukma Sarawak setelah berjaya memenangi acara angkat berat wanita 61kg.
Pada saingan di Dewan Serbaguna Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak hari ini, Bibiana membuat jumlah angkatan emas 279kg.
Beliau juga turut memecahkan rekod Para Sukma dengan angkatan 95 kg pada cubaan ketiga.
Pingat perak pula milik atlet Kedah Sona Agon dengan jumlah angkatan 276kg manakala pingat gangsa turut dimenangi atlet Sarawak Rosnani Kassim yang mencatat jumlah angkatan 135kg.
Dengan kejayaan tersebut, skuad angkat berat para Sukma Sarawak mencatat jumlah keseluruhan 8 pingat emas dan 3 gangsa setakat ini. — DayakDaily